Tempat Terindah Ungu

June 18, 2006

Ungu di Planet Hollywood 25 Jun

Filed under: News

SEMAKIN ramai kumpulan muzik Indonesia hadir untuk membuat persembahan di negara ini. Sebab apa dan kenapa? Semuanya kerana sambutan terhadap album-album artis dari negara jiran itu berjaya memonopoli pasaran album di negara ini.

Tidak dinafikan juga lagu-lagu yang dihasilkan oleh mereka memang menyengat. Sebab itulah sambutannya dilihat berada di luar jangkaan.

Kerana hakikat itu, Kumpulan Ungu dari Indonesia yang kini popular dengan lagu Demi Waktu berhasrat untuk menjejakkan kaki mereka buat kali kedua ke negara ini selepas melancarkan album berkenaan pada 18 April lalu.

Kali ini lima jejaka yang menganggotai kumpulan itu iaitu Pasha (vokalis), Makki (bes), Oncy (pemain gitar) Enda (pemain gitar) dan Rowman (pemain deram) akan hadir dalam sebuah persembahan sebagai membuktikan kehebatan Ungu.

Mereka akan menggegarkan Planet Hollywood pada 25 Jun ini pukul 3 petang untuk meyakinkan para peminat muzik di Malaysia terhadap bakat yang dibawa.

“Kami akan membuat persembahan secara live. Kami akan menggegarkan Planet Hollywood untuk menyaingi kumpulan Peterpan yang ternyata hebat di Malaysia,” kata mereka.

Walaupun masih baru di Malaysia namun mereka menaruh keyakinan, sejak ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu, Ungu mampu bersaing bersama kumpulan-kumpulan muzik lain dengan mempertaruhkan album Melayang.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://unguband.blogsome.com/2006/06/18/ungu-di-planet-hollywood-25-jun/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>























Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham