Tempat Terindah Ungu

June 19, 2006

Ungu atasi rekod jualan album di Indonesia

Filed under: News

Kumpulan Ungu baru-baru ini dianugerahkan double platinum oleh pengedar albumnya di Indonesia, Trinity Optima Production, sempena penjualan albumnya, Melayang, yang melebihi 300,000 unit.

Jumlah penjualan itu diraih dalam tempoh sebulan album itu dipasarkan. Ini menjadikan Ungu mengatasi sejarah penjualan album kumpulan muzik popular lain di Indonesia.

Selain itu, penjualan album tersebut di Malaysia yang bermula pada pertengahan Mac lalu turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Single pertama mereka, Demi Waktu, menjadi siulan anak-anak muda dan berjaya menduduki carta teratas stesen-stesen radio di tanah air.

Begitu juga dengan single kedua, Seperti Yang Dulu, yang turut mendapat perhatian apabila sering berkumandang di radio.

Ini membuktikan Ungu bukan sahaja mendapat tempat di hati peminat di negaranya sendiri tetapi juga di Malaysia. Album Melayang merupakan album ketiga kumpulan itu.

Sebagai menghargai sokongan peminat, Ungu bakal kembali ke Kuala Lumpur bermula 20 Jun ini selama enam hari. Kemuncak rangka promosi itu, Ungu akan mengadakan showcase yang julung kali di Planet Hollywood pada 25 Jun ini pukul 3 petang.

Peminat-peminat Ungu berpeluang menilai kehebatan Ungu dengan hadir menyaksikan persembahan itu.

Selain itu, Ungu juga semakin sibuk dengan promosi bergerak menjelajah 46 buah kota di Indonesia yang dijangka tamat pada Disember ini.

 

 

 

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://unguband.blogsome.com/2006/06/19/ungu-atasi-rekod-jualan-album-di-indonesia/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>























Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham