Tempat Terindah Ungu

June 29, 2006

Ungu di Planet Hollywood - Oncy jadi rebutan

Filed under: News

TIADA sambutan hebat pada petang minggu lalu di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Suasana di sana tenang dan berlalu seperti hari-hari minggu biasa.

Di hadapan pintu kelab Planet Hollywood, orang ramai tidak perlu berbaris panjang menunggu giliran masuk walaupun persembahan kumpulan Ungu dari Indonesia diadakan ketika itu.

Meninjau di dalam pusat hiburan terkenal itu, rata-rata penonton yang hadir merupakan rakyat Indonesia yang bersemangat untuk memberi sokongan kepada persembahan kumpulan kelahiran Jakarta itu.

Setelah lebih 10 tahun melayari seni muzik, Ungu pada petang itu membuktikan keunggulannya sebagai sebuah band yang memiliki peminat fanatiknya.

Setiap lagu yang didendangkan oleh vokalisnya, Pansha, dinyanyikan bersama oleh para penonton dengan penuh perasaan.

Itulah kelebihan Ungu. Pansha tidak perlu mengajak penonton menyanyi bersama, sebaliknya penonton yang teruja untuk turut serta.

Malah kebijaksanaan Pansha berkomunikasi dengan penonton menjadikan persembahan petang itu terasa lebih santai dan ringan.

Empat jejaka lain yang menganggotai kumpulan itu iaitu Makki (gitar bass), Oncy (pemain gitar) Enda (pemain gitar) dan Rowman (pemain dram) turut lincah beraksi di pentas.

Oncy ialah anggota Ungu yang paling mendapat perhatian. Dia sering dijadikan usikan Pansha yang membuat ‘cewek-cewek’ yang hadir menjerit kegilaan. Oncy merupakan satu-satunya anggota Ungu yang masih bujang.

Ungu memulakan persembahan pada pukul 3.30 petang dengan lagu Karena Dia Kami. Lagu-lagu lain yang menjadi pilihan pada persembahan itu ialah Tak Perlu, Berikan Aku Cinta, Sejauh Mungkin, Jika Aku Bukan Pilihan, Berjanjilah, Lagu Ku dan Tercipta Untuk Ku.

Apa yang pasti kesemua lagu dendangan Ungu menepati cita rasa pendengarnya dan tidak ada sedetik pun rasa kebosanan pada raut wajah mereka.

Kemunculan naib juara Malaysian Idol 2, Nita menghangatkan lagi suasana di Planet Hollywood pada petang itu. Gandingannya bersama Pansha menerusi lagu Melayang dan Seperti Yang Dulu membuktikan kemantapan vokal lantang Nita.

Peminat-peminat tidak sedar masa berlalu sehinggalah persembahan Ungu menghampiri pukul 5.00 petang.

Sebelum mengakhiri persembahan, Ungu tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan peminat kepada mereka selama ini.

Kata Ungu, bukan mudah untuk mencipta nama di negara orang.

“Tanpa sokongan semua, apa yang diimpikan Ungu tidak akan tercapai seperti hari ini,” kata Pansha yang menutup persembahan dengan lagu Bayang Semu.

Sebelum itu Pansha menyanyikan lagu Demi Waktu bersama penonton yang memenuhi segenap ruang Planet Hollywood pada petang itu.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://unguband.blogsome.com/2006/06/29/ungu-di-planet-hollywood-oncy-jadi-rebutan/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>























Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham