Jualan album bukan ukuran
“Sebenarnya di Indonesia kami tidak pernah menetapkan tahap jumlah tertentu album yang terjual sebagai pengukur kehebatan seseorang. Tidak pernah ada istilah seperti itu di sana. Malah, situasi di mana album artis Indonesia dijual lebih tiga juta unit juga jarang berlaku.
“Kalau ada pun ia biasanya terjadi tiga tahun sekali. Itu boleh dianggap satu fenomena. Bagi saya, dua juta itu adalah satu angka yang fantastik. Tetapi itu tidak termasuk yang bajakan (cetak rompak) kerana apa yang saya tahu, satu unit album original, yang bajakan nisbahnya 10 unit,” kata vokalis Ungu, Pasha.
Ungu juga tidak mahu menetapkan jumlah jualan album Melayang yang diedarkan di negara ini oleh syarikat rakaman SRC.
Kata Pasha, walaupun jualan album Ungu di Indonesia seperti Laguku (2002) dan Tempat Terindah (2004) mendapat sambutan menggalakkan tetapi mereka belum pernah mengatasi rekod yang dicipta kumpulan senior yang lain seperti Sheila On 7 yang dijual hampir dua juta unit.
“Album pertama kami berjudul Laguku dijual 150,000 unit tetapi album kedua kami, Tempat Terindah, pula hanya berjaya dijual 120,000 unit.”
Dalam pada itu, Ungu tidak mahu memikirkan mengenai jualan album Melayang biarpun jumlahnya amat memberangsangkan.

k’Onchy tuw keren bgd iahhh….. Cute Lg….
mw dunk mnta fto xcLusv’y….. hhe… =p
Comment by rere — March 28, 2008 @ 11:15 am